Saturday, July 16, 2011

Kali ni saya ingin mempersembahkan koleksi2 terbaik reban serama KG Laut milik Abang Ajak. Beliau merupakan orang lama yang menceburkan diri didalam dunia penternakan serama di Sabah. Koleksi BOTB beliau pun kira boleh tahan juga. Boleh dikatakan kesemua ayam beliau amat saya minati. Salah satunya ialah ayam yang diberi nama Manisan Laut. Ibu ayam ni datangnya dari reban saya. Gayanya sangat menawan hati.

Manisan Laut




 Perahu Laut




 Bapa Pembaka




Wednesday, July 6, 2011

Pembaka

Slah satu Bapak pembaka yang ada di reban SB. Baka Limbat Cg Jai.

Monday, July 4, 2011

Terkini di Myserama Borneo Farm


Ayam diberi nama Red Horse..Walaupun karpet dipenuhi tahi, gaya tetap maintain.Sayap tengah menghulur kedepan macam tengah baca doa..minta tolak bala..heheheh.. Ayam ni anak Si Kuda Padi dan Induk Kuda Laut..



Induk Dara ni SB bagi nama Si Salju.. Gabungan baka Kijang dan Induk Keruak


Anak B nak masuk Remaja..Baka Kuda padi + Kuda Laut.. Sb bagi nama Si Enot..



Sunday, June 12, 2011

Cikgu Jai





CJ dengan konco-konconya..

Hari ni saya sebok dengan persiapan akhir sebelum bermulanya hari persekolahan esok. Letih juga rasanya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk esok, buat ABM dan macam-macam lagi la. Maklumlah,cuti 2 minggu ni saya gunakan dengan sehabis baik untuk merehatkan kepala dari tugas di sekolah. Asyik menaip laporan sukan sekolah 2011 tadi saya pun buka la folder-folder lama yang berkaitan dengan serama. Satu persatu gambar aktiviti pertandingan serama di Sabah tahun lepas saya perhatikan, tiba-tiba saya terjumpa pula gambar TAIKO SERAMA SABINDO atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Jai (serama sabah). Bagi yang belum pernah bersua muka dengan CJ, ini la orangnya..Hensem kan?Muka ada iras-iras SYAMSUL YUSOF. Orangnya tenang saja dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Saya dan CJ ni dah berkawan selama 3 tahun. Suka duka dalam hobi serama ni sentiasa dikongsi bersama. Hingga kini Alhamdulillah, kami masih lagi sahabat baik seperti dahulu kala. 

Saturday, June 11, 2011

Renung-renungkan..

Kali ini SB ingin berkongsi pendapat dengan semua pencinta-pencinta serama di seluruh Malaysia tentang tatasusila ketika bertandang ke reban orang lain tidak kira milik reban kawan rapat, otai lama atau pun milik reban orang baru. Kadang kala bila dah  nampak ayam yang comel molek mula beraksi, kita pun apa lagi mula la nak pegang-pegang ayam tu.. ya la siapa yang tak geram bila melihat ayam yang kecik molek lagi-lagi kalau dah boleh bergaya.Ni la kelemahan saya, memang kalau dah tak tahan tu saya terus tangkap je tanpa minta izin dengan tuannya. Rupa-rupanya tindakan saya ni agak kurang menyenangkan tuan puya ayam, kalau di reban saya,saya tak kisah janji ayam tu tak patah atau mati. Bukan apa,setiap pemilik serama ada cara tersendiri menjaga ayam mereka, ada pantang larang yang TIDAK boleh di langgar sama sekali. Mungkin cara kita memegang ayam tidak sesuai dengan kehendak tuan punya ayam. Cara kita mengusap@membelai salah pada pengalaman tuan punya ayam dan banyak lagi la.     

Seterusnya ialah gaya bahasa dan percakapan kita. Saya sangat-sangat suka bila ramai orang yang bertandang ke reban saya. kadang-kadang tu sampai lewat malam pun masih ada penggemar serama yang datang melawat reban saya, mungkin dorang nak tengok cara ayam serama tidur..hehehehe..Itu semua saya tak kisah,janji saya gembira. ya la, bila dah puas menjenguk ayam kadang-kadang tu keinginan untuk memiliki sendiri pasti ada kan. Ini yang pernah terjadi pada saya baru-baru ni..-->;Pada mulanya dengan rasa rendah diri si  pembeli pun bertanyakan harga dengan saya. Saya dengan yakin berkata "kalau anak tu saya jual Rm 50 sekor tuan"..si pembeli menjawab dengan dahi bekerut "ui na..MAHAL betul tau KAU JUAL!!". Terkilan juga saya bila mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut brother tu kan, rasa nak halau terus dari rumah saya pun ada juga. Sebelum tu bukan main lagi cerita dengan saya, yang dia da mula main serama dari tahun 2000.. Tapi Abg Mail, Abg Jiman tak kenal.Siap bagi tau saya "Dulu harga ayam gila-gila, saya pernah beli anak ayam ja RM 500 sekor! Telur RM 100 sebiji!!"Hmmmm..macam habuk punya orang. Anak ayam Rm 50 da kecoh..Kalau duit tak cukup jangan cakap kita jual mahal.. Cubala tawar dulu. Kita beli ayam guna modal ribu-ribu,jual puluh-puluh dan ratus-ratus dia tak ingat. Jawabnya pulang ke KOTA BELUD dengan tangan kosong la..

Hari ni saya kongsikan dua perkara ni dulu..saya akan tambah pada post akan datang.. Ingat, hati-hati sebelum pegang ayam orang dan jangan cakap ayam tu harganya MAHAL!!!

p/s:Hobi bukan untuk bebanan tapi untuk hiburan.. Jika rasa belum mampu milik tunggu sampai mampu milik.

Tuesday, June 7, 2011

PENJENAMAAN

Di akhir2 ini SB melihat ramai penternak tanah air mula mencari identiti penternakan ayam serama d reban masing2. Saya rasa ini satu idea yang sangat baik dan perlu d aplikasikan oleh semua penternak2 serama..bukan pa,syokk..pa yang saya maksudkan di sini ialah penjenamaan Nama ayam di reban masing2..Sebagai contoh reban cikgu Jai, semua ayam2 beliau akan di beri nama bermula ngan "PELURU"(Peluru Karat,Peluru Biru dan mcm2 Peluru la)..Abg Ajak pula diakhiri dengan "LAUT"(Manisan Laut,Landak Laut)..Saya pun sekarang ni mula mencari identiti ayam saya sendiri.Dalam fikiran saya saya bercadang nak menggunakan nama "One"..tp risau pula nant meniru Slogan PM kita..Hmmmmm..