Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA

LOKASI : TAMU BEAUFORT
TARIKH : 31 JULAI 2010
MASA : 9 AM - 2 PM ACARA PERTANDINGAN
2 PM - 5 PM PAMERAN DAN JUALAN AYAM SERAMA
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN :
AYAM A
AYAM B
ABS
AYAM MUDA
INDUK
REMAJA
ANAK B ( Berat 120g-160g )
ANAK A ( Berat dibawah 120g )
BOTB : REMAJA-AYAM A
YURAN : REMAJA-AYAM A ( RM30 )
ANAK A DAN B ( RM 10 )

Wednesday, July 7, 2010

KURNIA SERAMA






Kali ni Serama Borneo menerjah reban Kurnia serama milik Abang Mail Papar.. Abang mail ni antara otai2 lama yang masih aktif dalam dunia serama ni. Orangnya tegas tapi SANGAT baik hati dan tidak lokek dengan ilmu pengetahuan yang ada.. boleh dikatakan "TIADA RAHSIA DALAM ILMU SERAMA" la. Baka2 yang ada di reban Abg Mail ni boleh tahan juga.. ada dari baka kijang mas, anjaria, lanun, tok uban dan banyak lagi la.. Kalau nak baka2 ni hubungi Abg Mail k ( 0168020304 ) hubungi bila2 masa sahaja.. Apa yang menarik lagi ialah, kawasan Abg Mail ni sangat luas dan bersih. Senang la nak jaga ayam serama ni kalau dapat tempat macam kawasan umah Abg Mail ni. Ayam pun ada ruang untuk bebas bermain sambil makan rumput2 segar.

Saturday, July 3, 2010

Mundu' ( Lanun )



LANUN!! Sebut ja lanun memang umum da tahu ayam yg datang dari reban serama paka ni. Ayam ni saya amik masih umo anak B lagi..dalam blog SP masih ada gambarnya,ank B yang dapat tempat ke-4 kalo tak silap. Dalam reban Serama Borneo ni, bapak lanun ni la yg paling BANYAK NAMA..pendekar kundur la,kapal piring la(u.f.o),si bongkok la dan banyak lagi la sampai saya susah nak ingat. Hentam la,apa pun nama bapak lanun ni, saya tetap sayang ngan si lanun ni. Apa tidaknya, ayam ni dah pernah dapat BOTB dekat papar 2010 ni. Tanding d Tuaran baru ni dia dapat naib johan ja,kira ok la tu..

Friday, July 2, 2010

Dego Mardona


Demam World Cup melanda Serama Borneo.. Anak ni bagi nama Dego Mardona, anak kepada pistol dari baka limbat + anjaria...Dego ni adik kepada peluru plastik dalam blog serama sabah milik Cikgu Jai tu..harap2 menjadi la si Dego ni..

Anak Sabah


Ini adalah generasi pertama BRI. Anak Sabah ku beri nama.. Masa anak dan remaja dulu gaya boleh tahan.. Mengebas tak henti2.. Boleh bersih reban bila dia mengebas.. Pernah menjadi johan kategori Remaja masa tanding dekat Papar.. bila masuk muda chasis lari daa. Tanding d Tuaran baru2 ni tak da rezeki,dapat tempat ke-6.. Tak pa la, aku tetap sayang ngan anak Sabah. Pas ni aku introduce ko sumandak2 yang power2 k.