Saturday, July 16, 2011

Kali ni saya ingin mempersembahkan koleksi2 terbaik reban serama KG Laut milik Abang Ajak. Beliau merupakan orang lama yang menceburkan diri didalam dunia penternakan serama di Sabah. Koleksi BOTB beliau pun kira boleh tahan juga. Boleh dikatakan kesemua ayam beliau amat saya minati. Salah satunya ialah ayam yang diberi nama Manisan Laut. Ibu ayam ni datangnya dari reban saya. Gayanya sangat menawan hati.

Manisan Laut




 Perahu Laut




 Bapa Pembaka




Wednesday, July 6, 2011

Pembaka

Slah satu Bapak pembaka yang ada di reban SB. Baka Limbat Cg Jai.

Saturday, June 11, 2011

Renung-renungkan..

Kali ini SB ingin berkongsi pendapat dengan semua pencinta-pencinta serama di seluruh Malaysia tentang tatasusila ketika bertandang ke reban orang lain tidak kira milik reban kawan rapat, otai lama atau pun milik reban orang baru. Kadang kala bila dah  nampak ayam yang comel molek mula beraksi, kita pun apa lagi mula la nak pegang-pegang ayam tu.. ya la siapa yang tak geram bila melihat ayam yang kecik molek lagi-lagi kalau dah boleh bergaya.Ni la kelemahan saya, memang kalau dah tak tahan tu saya terus tangkap je tanpa minta izin dengan tuannya. Rupa-rupanya tindakan saya ni agak kurang menyenangkan tuan puya ayam, kalau di reban saya,saya tak kisah janji ayam tu tak patah atau mati. Bukan apa,setiap pemilik serama ada cara tersendiri menjaga ayam mereka, ada pantang larang yang TIDAK boleh di langgar sama sekali. Mungkin cara kita memegang ayam tidak sesuai dengan kehendak tuan punya ayam. Cara kita mengusap@membelai salah pada pengalaman tuan punya ayam dan banyak lagi la.     

Seterusnya ialah gaya bahasa dan percakapan kita. Saya sangat-sangat suka bila ramai orang yang bertandang ke reban saya. kadang-kadang tu sampai lewat malam pun masih ada penggemar serama yang datang melawat reban saya, mungkin dorang nak tengok cara ayam serama tidur..hehehehe..Itu semua saya tak kisah,janji saya gembira. ya la, bila dah puas menjenguk ayam kadang-kadang tu keinginan untuk memiliki sendiri pasti ada kan. Ini yang pernah terjadi pada saya baru-baru ni..-->;Pada mulanya dengan rasa rendah diri si  pembeli pun bertanyakan harga dengan saya. Saya dengan yakin berkata "kalau anak tu saya jual Rm 50 sekor tuan"..si pembeli menjawab dengan dahi bekerut "ui na..MAHAL betul tau KAU JUAL!!". Terkilan juga saya bila mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut brother tu kan, rasa nak halau terus dari rumah saya pun ada juga. Sebelum tu bukan main lagi cerita dengan saya, yang dia da mula main serama dari tahun 2000.. Tapi Abg Mail, Abg Jiman tak kenal.Siap bagi tau saya "Dulu harga ayam gila-gila, saya pernah beli anak ayam ja RM 500 sekor! Telur RM 100 sebiji!!"Hmmmm..macam habuk punya orang. Anak ayam Rm 50 da kecoh..Kalau duit tak cukup jangan cakap kita jual mahal.. Cubala tawar dulu. Kita beli ayam guna modal ribu-ribu,jual puluh-puluh dan ratus-ratus dia tak ingat. Jawabnya pulang ke KOTA BELUD dengan tangan kosong la..

Hari ni saya kongsikan dua perkara ni dulu..saya akan tambah pada post akan datang.. Ingat, hati-hati sebelum pegang ayam orang dan jangan cakap ayam tu harganya MAHAL!!!

p/s:Hobi bukan untuk bebanan tapi untuk hiburan.. Jika rasa belum mampu milik tunggu sampai mampu milik.

Tuesday, June 7, 2011

PENJENAMAAN

Di akhir2 ini SB melihat ramai penternak tanah air mula mencari identiti penternakan ayam serama d reban masing2. Saya rasa ini satu idea yang sangat baik dan perlu d aplikasikan oleh semua penternak2 serama..bukan pa,syokk..pa yang saya maksudkan di sini ialah penjenamaan Nama ayam di reban masing2..Sebagai contoh reban cikgu Jai, semua ayam2 beliau akan di beri nama bermula ngan "PELURU"(Peluru Karat,Peluru Biru dan mcm2 Peluru la)..Abg Ajak pula diakhiri dengan "LAUT"(Manisan Laut,Landak Laut)..Saya pun sekarang ni mula mencari identiti ayam saya sendiri.Dalam fikiran saya saya bercadang nak menggunakan nama "One"..tp risau pula nant meniru Slogan PM kita..Hmmmmm..

Monday, June 6, 2011

One Buck Shoot

 Anak c pistol..gaya blm mari2 lagi..nda pandai diam..bila la mau belajar parking si buck shoot ni..

Harap2 menjadi la..

Friday, June 3, 2011

Sihatkan ayam2 anda

Kesemua vitamin ini sesuai untuk apa jua jenis ayam di muka bumi Allah ini( tolak ayam yang dah d sembelih ).. Jika berminat sila hubungi saya 0138541244..


Multi-Vitamin
Untuk mengekalkan kesihatan ayam
RM 20

Calcium
Untuk menguatkan tulang belulang ayam.
RM 20

Multivitamins+Amino Acids
Untuk mengekalkan kesihatan, tenaga lebih dan baik untuk ayam 
ketika sakit atau stress..
RM 35

Multivitamins+Minerals
Untuk kekuatan fizikal dan stamina ayam. Di campur dalam makanan
RM 45

*multi-vitamin dan calsium lebih berkesan diberikan serentak kepada ayam anda..harga multi-vitamin dan calsium RM35(promosi)..