Friday, July 2, 2010

Dego Mardona


Demam World Cup melanda Serama Borneo.. Anak ni bagi nama Dego Mardona, anak kepada pistol dari baka limbat + anjaria...Dego ni adik kepada peluru plastik dalam blog serama sabah milik Cikgu Jai tu..harap2 menjadi la si Dego ni..

Anak Sabah


Ini adalah generasi pertama BRI. Anak Sabah ku beri nama.. Masa anak dan remaja dulu gaya boleh tahan.. Mengebas tak henti2.. Boleh bersih reban bila dia mengebas.. Pernah menjadi johan kategori Remaja masa tanding dekat Papar.. bila masuk muda chasis lari daa. Tanding d Tuaran baru2 ni tak da rezeki,dapat tempat ke-6.. Tak pa la, aku tetap sayang ngan anak Sabah. Pas ni aku introduce ko sumandak2 yang power2 k.

Friday, June 4, 2010







Hikayat Mr. Cool

Salam..kali ni saya nak kongsikan lagi antara koleksi serama yang saya pernah ada..ayam ni Cikgu Rosli bagi nama Mr. Cool..sebab gaya dia memang cool sangat.tak aktif atas meja.tapi dah bertukar milik...baru sekali ikut tanding dekat beufort 2009 dan tak mendapat sebarang tempat.ni la koleksi yang paling tinggi harganya pernah saya miliki..Selamat tinggal Mr Cool,semoga gembira dengan tuan yg baru...

Friday, May 28, 2010

PISTOL





ayam ni datang dari reban om penang..baka limbat+anjaria.beli dari umo remaja..namanya pistol,diberi nama oleh bro rosli papar.boleh dikatakan sebahagian ayam di reban SB ni dapat nama dari beliau la.kalau ada ayam yang belum ada nama boleh tanya dengan dia.mesti hairan kan kenapa nama pistol??haa,pistol ni dulu masa remaja sampai muda kalau bergaya atas meja suka sangat lempar sayap.tu pasal bagi nama pistol,sebab tengok gaya dia mcm polis pegang pistol ja!setakat ni saya puas hati ngan pencapain c pistol ni.tempat kedua kategori remaja dan ABS.belum ada rezeki nak johan..

Hmmmmm..

Cari punya cari..ni la gambar si putih bersama isteri tercinta..



Wednesday, May 26, 2010

BORNEO RED INDIAN(B.R.I)



Tahun 2009 aku mula import ayam dari semenanjung..masa tu belum tahu lagi tentang baka2 ni..nampak cantik ja kira ok la..tuan asal ayam ni ialah yusree king.nama besar juga tu..ayam ni dari baka robot.bagi nama BRI sebab warna dia bagi saya unik mcm RED INDIAN..hehehe..rekod ayam ni baru johan sekali d Kota Belud,kategori B.sekarang ni jadi pembaka utama dekat reban SeramaBorneo!!!