Thursday, September 16, 2010

GAME OKTOBER 2010






Lokasi : KB RIVERSIDE ( Kota Belud )
Tarikh : 10/10/2010 ( Ahad )
Kategori : Ayam A
Ayam B
ABS
Muda
Induk
Remaja
Anak B ( Berat 120g-160g )
Hadiah : Remaja- Ayam A
Johan Rm 150
N. Johan Rm 120
Ketiga Rm 100
Anak B
Johan Rm 120
N. Johan Rm 100
Ketiga Rm 80
Yuran : Remaja - Ayam A Rm 30
Anak B Rm 20
Kemudahan yang disediakan
Tempat letak kereta
Chalet ( RM 40/Hari )Boleh bawa family la..hehehe
Surau
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Ezuan 0198114489 dan saya 0138541244




Tuesday, September 14, 2010

Kunjungan Geng Putatan




Kelmarin aku sebok sket melayan kunjungan geng2 putatan adin,os dan achai.. Sambil beraya sambil cek reban2 aku.. Besalah,kalo da minat punya pasal. Hari ni Abang Mail pl yang datang cuma gambar tak amik la pl.. Ni yang best bila ada hobi ni, ramai kawan. Boleh bertukar2 pandangan, cerita, komen yang membina dan banyak lagi la.. Teringat pula kata2 Abg Mail tadi, buat baik akan dibalas baik. Kalo niat kita berhobi ni baik pasti satu hari nanti kita akan mendapat kenikmatanya. Macam yang saya rasa sekarang la.

Monday, September 13, 2010

Terkini D Rebanku ( Drogba )




Drogba ni gabungan baka robot+uban.. Suka tgk gaya dia lempar sayap.. Tapi dia tak buat la pl bila saya amik gambar dia ni.. Hmmm.. Mungkin akan turun tanding d KB nanti..

Serama Cikgu Rosli





Lepas raya ni baru la aku free sangat nak masukkan post2 baru..maklumla,saya pun mcm cikgu jai gak baru menyambut kedatangan orang baru..Baby boy, Dasuki Adam namanya..Ok la, kali ni mau cerita sket pasal otai serama dekat papar ni, siapa lagi kalau bukan Cikgu Rosli Badang..Orangnya Tegap macam Sazali Samad.Aku ingat kalau dia berhenti dalam arena ayam serama ni mesti dia ceburi arena sukan bina badan.Cikgu Rosli ni antara breeder yang berjaya di Negeri Sabah ni.Reban,peralatan latihan,ubat-ubatan dan ayam2 seramanya semua di jaga dengan teratur..Tengok sajalah gambar reban dia tu, siap ada nombor pendaftaran..Itu baru satu reban, dia ni ada banyak reban.Gambar2 ayam di atas ni semua dah pernah ada rekod tau.Reban Cikgu Rosli ni ada banyak jenis baka,tp yang paling menarik hati saya sudah pasti la baka keruak.Jika berminat dengan ayam2 dari reban Cikgu Rosli ni boleh la berhubung terus dengan beliau ( 0198728298 )

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini saya Mohamad Erwan Jaini dan sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua penternak2 dan penggemar ayam serama seluruh Malaysia.. Semoga di bulan yang mulia ini kita semua mendapat keberkatan dari ALLAH YANG MAHA ESA.. Tidak di lupa juga,buat saudara saya Cikgu Jaisya yang baru mendapat cahaya mata yang kedua semoga gembira sentiasa hendaknya.. Geng2 serama di Sabah khasnya, kalau buat rumah terbuka tu sound2lah k.. Boleh umum d ruangan chat blog ni, Kita serbu ramai2. Harap2 tiada menu rendang ayam serama!!!!!

Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA

LOKASI : TAMU BEAUFORT
TARIKH : 31 JULAI 2010
MASA : 9 AM - 2 PM ACARA PERTANDINGAN
2 PM - 5 PM PAMERAN DAN JUALAN AYAM SERAMA
KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN :
AYAM A
AYAM B
ABS
AYAM MUDA
INDUK
REMAJA
ANAK B ( Berat 120g-160g )
ANAK A ( Berat dibawah 120g )
BOTB : REMAJA-AYAM A
YURAN : REMAJA-AYAM A ( RM30 )
ANAK A DAN B ( RM 10 )

Wednesday, July 7, 2010

KURNIA SERAMA






Kali ni Serama Borneo menerjah reban Kurnia serama milik Abang Mail Papar.. Abang mail ni antara otai2 lama yang masih aktif dalam dunia serama ni. Orangnya tegas tapi SANGAT baik hati dan tidak lokek dengan ilmu pengetahuan yang ada.. boleh dikatakan "TIADA RAHSIA DALAM ILMU SERAMA" la. Baka2 yang ada di reban Abg Mail ni boleh tahan juga.. ada dari baka kijang mas, anjaria, lanun, tok uban dan banyak lagi la.. Kalau nak baka2 ni hubungi Abg Mail k ( 0168020304 ) hubungi bila2 masa sahaja.. Apa yang menarik lagi ialah, kawasan Abg Mail ni sangat luas dan bersih. Senang la nak jaga ayam serama ni kalau dapat tempat macam kawasan umah Abg Mail ni. Ayam pun ada ruang untuk bebas bermain sambil makan rumput2 segar.